Monday, November 8, 2010

Budak Botak

8 November 2010 - Majlis cukur cambul Arianna kami buat dekat rumah Pak De ngan Mak De.  Org yg bertanggungjawab mencukurkan Arianna nih ialah Pak De ngan Abah.  Pak De jemput Iman sebelah rumah dengan kawan-kawan Pak De (semua ustaz-ustaz ensem tau).  Mama dengan mak sedara Ayininana yg masak.  Kitaorang masak Ikan patin tempoyak.  Aduh.. bapok sedaknya!! Tiap kali balik kg, itulah masakan yg selalu di masak.  Patin oh patin..























Tuesday, October 5, 2010

Jaundice pls go away!!



Three days at PPUM was a disaster.  Mama taubat I don’t want to deliver here anymore.  Seksa yang amat.  Visitor datang suka hati mak apak diorg aje, dengan jiran sebelah katil yang tak reti bahasa cakap mcm tgh bergaduh.  Mama hampir meroyan sebab ada Indian guy sebelah Mama buat bising, anak dia suka hati selak bed curtain Mama.  Abah was not there, Abah sent Nenek Pahang to our home at Subang. On the way while talking to Abah through handphone, Abah heard Mama menjerit sehinggakan one whole floor can hear.  Abah yang tengah drive nyaris nak langgar orang bila Mama menjerit terlolong-lolong.  Nurse asked me to change bed.  Malam tu jugak Abah datang mintak discharge tapi nurse requested to wait until next day.  It’s okay, Mama sabar lagi tunggu dan jemur Arianna kat lampu lite tuh all night long.  Next day Abah datang dan selepas adegan bertekak dengan nurse, akhirnya Arianna boleh discharge.  Sukanya hati Mama, tuhan saja yang tahu.

Bila balik rumah Arianna still got mild jaundice.  Sedih sangat takut jadi apa-apa kat Arianna.  So, I woke up early in the morning, breastfeed Arianna lepas tu pakaikan diapers dgn barut aje.  Mama nak jemurkan Arianna pukul 8.30 pagi.  Nenek Semenyih terkejut bila dapat tahu Mama jemur Arianna sampai pukul 11.30 pagi.  Mana boleh jemur sampai lewat macam tu. I don’t know, Mama takut sangat kuning Arianna tak hilang.  Semua petua yg orang bagi Mama, semua mama ikut.  Mak Lang Abah kata belilah ubat kat singseh, Mama ikut, Mama suruh abah beli.  Abah mandikan Arianna 2 kali (achik achikin sangat2 membantu, dia rajin tolong Abah mandi air kuning nih).  Mak Lang Abah datang bawak susu kambing suruh bagi Arianna minum.  So, Arianna ada kena mengena ngan kambing.  Heheheh.  Just joking okay!  Lepas tu kawan abah, Uncle Asrul dan Auntie Jue kata buatlah bubur, air bubur yang mengeluap tu kena bagi Arianna jamah.  Mama buat jugak (Nenek Phg sebenarnya yang buat, Mama tukang suap aje). 






kaki mama kembang setaman


Admitted at KPJ after seminggu dok rumah.. sian kena bawak arianna tido spital lagi..

After two days Mama ralit dengan Arianna aje, suddenly Mama tengok perut Mama merah dan ada air keluar dari luka operation.  Mama ajak Abah pergi check up kat KPJ Selangor.  Doktor kata Mama kena infection.  Mama nangis, mama takut sangat.  Mama kena masuk wad 3 hari.  1st day Mama kena dressing twice, morning and afternoon.  It’s so painful.  Tapi sakit dressing Mama boleh tahan, tapi bila Mama dengan Arianna yang baru seminggu tu menangis dekat luar bilik, Mama tak boleh tahan, Mama sedih rasa nak tendang Dr. Shah Bahiyah nih dan nak peluk Arianna, nak bagi Arianna minum susu Mama puas-puas.  Abah, Nenek Phg, Achik Achikin dgn Uncle Iwan (boyfriend Achik) rajin tengok Mama kat hospital.  Mama tak bagi Nenek Phg tidur kat hospital sebab sejuk, walaupun Nenek berkeras nak teman Mama.  Abah sorang je Mama bagi tidor.  Sian abah, tidur atas kerusi mengekot-ngekot kakinya.  Lepas keluar dari hospital, Mama still kena datang KPJ selama 40 hari berikutnya untuk dressing.  Minggu pertama selang sehari, minggu kedua selang dua hari, minggu ketiga selang 4 hari dan last sekali selang seminggu.




Ni hari ke 44. Habis pantang terus pergi Chilli's (peberet food Abah)

p/s Arianna sayang, bila besar nanti kena jadi anak solehah yer.  Mama dgn Abah sayangkan Arianna sangat.  Abah akan perambat nyamuk yang hinggap dekat kulit Arianna yang gebu tu tau.. Abah selalu ponteng kerja, sebab nak hantar mama pergi hospital selama 2 bulan.  Nenek jaga Arianna dekat rumah, susah kalau Arianna ikut.  Mama takut Arianna menangis dah la kat hospital tu ramai orang, mcm-mcm penyakit boleh hinggap.  Okeylah Mama banyak kerja, nanti Mama cerita lagi yer sayang. 


Thursday, September 23, 2010

Dah sebulan dah umur dak kecik nih..


Kesian aku, kena ulang alik ke hospital sebab ada infection kat luka operation.  Bayangkan lah kena dressing tanpa ubat bius.. dapat bayangkan tak? Apa-apa pun mama tetap tabah, semua pasal Arianna..



Hello? Is it me u looking for?





Andak tati mata hazel!



Mokcik-Mokcik yg suka posing.  Achik tak tinggal gunting dia tuh



Eh, diorg ni g shopping baju raya lak ek. Cis, aku x leh ikot!!


Tuesday, August 3, 2010

Delaila, wajah pertama yang kujumpa







Arianna Delaila... erm, nama ni memang abahnya yg pilih.  Katanya anak perempuan biar dia yg pilih nama, anak lelaki biar aku yg pilih. Nampak gayanya Kal El (abahnya Arianna, laki aku la tu - kununnya Superman) dah menang kali nih.  Arianna bermakna "full of life".. Harap2 anak perempuan aku nih akan menjadi kebanggaan kami. 


Arianna.. due date cik kenit nih patutnya pada 25 Ogos 2010 tapi dia dah x sabo nak tengok dunia.  Pada malam 3 Ogos 2010, tengah syok tidur, tetiba rasa basah je kat atas katil.  Rupanya air ketuban dah pecah, bila berdiri, mak aih, menderu air keluar lagik.. Kal El dah kelam kabut.  Aku pergi cuci kejap pastu dress up lebih kurang pastu terus pergi PPUM.  Mujur aku dah simpan baju ngan kelengkapan baby dalam beg.. 

Sampai kat spital, terus masuk labor room.. tunggu punya tunggu tanda-tanda nak bersalin tak de jugek.  Erm, doktor datang bagi advise soh aku induce.  Tak byk cakap, aku pun ikut je.  Tak lama pastu (tak ingat berapa jam kendian) tetiba sakit giler.  Makin lama makin sakit.  Tak tahu nak explain macam mana.. Humang aih, memang macam-macam ayat dah baca.  Aku tak tahan, doktor kata nak bagi epidural, tp lambat pulak pakar bius nih datang.  Then lepas bius, aku tak rasa apa-apa lagik.. Cuma kesian kat Kal El sebab dia tak dapat nak masuk labor room (lepas ni nak beranak kat swasta, laki boleh masuk).  Sure dia susah ati. Dia kan sayang aku (echehhhh).. Lepas 13 jam tunggu, doktor kata tak bukak.. aiseh.. baru 4 cm? Doktor soh kuar kot tingkap.. Tidak!!!!! Tapi nak buat guana, heart beat baby dah lemah, so aku redah je lah.. Pukul 2.42 petang, my sweetheart Arianna dilahirkan di dunia, tak terungkap kegembiraan yang aku kecapi ni .  Aku doa, walau pun aku nih huru hara sikit, tp biarlah Arianna nih menjadi hamba allah yang solehah, anak yang akan menjadi kebanggaan kami.. 









ARIANNA
A
Amanah
R
Ramah
I
Ikhlas
A
Alim
N
Naif
N
Naif
A
Abadi

DELAILA
D
Dinamik
E
Emosional
L
Lemah-lembut
A
Amanah
I
Ikhlas
L
Lincah
A
Alim













Sunday, February 7, 2010

Go Go Genting

Ni baru disahkan pregnant 2 bulan. syukur alhamdulillah.. selama 8 bulan lebih penantian selepas bergelar suami isteri, akhirnya doaku dimakbulkan allah untuk menimang cahaya mata.  

Masa ni pergi cuti2 dengan bebudak opis JCSB.  Duduk kat first world aje. Jadilah.  ni lah jugak first time berkecimpung dalam blogging nih.. Kawan2 yang lain dah start lama dah.  aku ni ibarat kura2 dengan arnablah.  Harap2 kerajinan nak blog ni berpanjangan jgn jd mcm hangat2 taik ayam.. cehh.. nak pulak taik ayam muuneeii.. 

Sweet la sangat

 
Tengok duit, cukup tak nak gambling ni? hehehhe..



Prince & Princess







ambik berkat, anak pit pot



kereta ni minyak tak de..






iyarkkkkkkk....