Monday, September 19, 2011

Berita tak baik : Arianna masuk spital. Berita baik : Dah pandai jalan...



      



15/09/11, Khamis @ KPJ Shah Alam, Selangor.  Anak mama sakit.... huhuhu.. Mama dah perasan dan rasa something wrong start dari hari raya lagi.  Masa tu kat kampung.  Mama dengar anak mama ni batuk lain macam.  Tiap2 malam batuk lebih kurang 2-3 minit nonstop.  Alahai, risau nyer rasa.  Bawak pergi emergency kat Hospital Pekan, tapi doktor kata tak apa2.  Batuk biasa.  Lepas tu balik Subang still macam tu 2 3 kali pergi klinik doktor still kata nothing wrong sampailah hari rabu, 14/09/11, mama bawak pergi emergency kat KPJ pukul 4 pagi!  Still hanya bagi neb sahaja.  Esoknyer kak ani (babysitter) telefon kata anak mama ni demam.  Apalagi, mama terus balik.  Mama tengok lain macam sahaja Arianna bernafas.  Laju!  Mama terus bawak pergi klinik then klinik suruh refer hospital.  Mama ambik abah dari kerja, teruslah pergi hospital then kena admitted.  Rupanya anak mama ni kena bronkitis.  Alhamdulillah, nothing serious can be treated.  Lega hati mama anakkku.  Selama 5 hari check in (?) kat hospital.  Mujur Jumaat tu cuti umum (hari malaysia).  Hospital pulak sangat selesa so kami rasa mcm dok kat hotel lah.. Cuma bila time kena sedut (fisio), mama tak sampai hati nak tengok.  Day first mama tak nak masuk tengok, hari kedua baru mama had gut to watch.  Sayu sangat, nangis dalam hati ni tau, terseksa anak mama.. Tak pe lah nak, syukur Allah bagi dugaan dekat kita, semoga kita lebih berhati2 di masa akan datang.  Soal kesihatan kena amik berat, jgn redah aje.. Tak payahlah gi shopping complex ke hapa yg penuh dgn org... tak elok untuk kesihatan...


sempat lagi pose... tengah tunggu ambik ubat, decoration hari raya kat pharmacy KPJ.  ni pukul 4.00 pagi nih..


Abah tengah tengok tv, anak main seliper..


Arianna jadi supergirl.. Maklumlah, anak superman.. Abah oh abah!!


Sayu tengok gambar nih.. Walaupun sakit, arianna sangat aktif.. tengoklah gigi dia yg besar tu..


mainan nak bagi dia leka.. nescafe 3 in 1.  Keluarkan dari pek, masukkan semula, keluarkan lagi, masukkan semula dlm pek..


sehari sekali selama 4 hari kena datang sini.. Lemah sungguh la...


Bersedia untuk fisio.  Kena tepuk2 belakang badan dan dada bagi bukakan rongga dada..

Sian.. sedih tengok.. lepas ni guna machine sedut dekat tekak dan hidung



Ambik neb setiap 4 jam.  Ni tengah baik, nak pegang sendiri tapi kalau tengah mengaruk, mama dgn abah kena peluk kuat2, paksa..

Bila abah sangap, abah akan turun ke bus stop untuk hisap rokok.. ni pemandangan dari bililk hotel eh hospital..


Pelawat setia.. 2 kali andak datang.. bawak nasi lemak home made lagi.. time kasih andak..


ni untuk mama, adik punyer bubur saje.. Sedap ke makanan hospital?


ni lah jawapan dia..

p/s Nenek pahang, mama mintak maaf sebab tak bagitau arianna sakit, takut nenek risau.. rasanya nenek takkan tahu sampai arianna besar kot..

Arianna dah pandai jalan dalam 7 langkah gitue.. walaupun agak lambat (org lain yg kata arianna lambat jalan, tp mama tak kisah pun..) Rajin gak naik turun tangga.. isk.. bahaya betul pantang lepa.. ni kira kongsi entry la yer.. nak share gak arianna pandai jalan ngan pandai turun naik tangga umur 1 tahun 1 bulan.. weee... (ni gambar kat umah). Mama menyampah giler kat org2 keliling yg asyik cakap "anak aku, sepuluh bulan dah pandai jalan.. so what? budak2 nih perkembangan dia beza2.  tak payah la nak compare.. walaupun anak aku lambat jalan? ada susah kan korang ke? biarlah dia, bila dia rasa nak jalan, dia jalanlah.. insya'allah, dengan izin allah... syukur ya allah.. janganlah aku jadi macam mak jemah yg lain2 tuh...




Thursday, August 4, 2011

Saya dah berumur 1 tahun dah..

Semalam, 03/08/11 birthday saya Arianna Delaila.  Saya dah setahun dah.  Tahun lepas hari yg sama, saya tengok dunia.  Lepas 13 jam mama bertarung nyawa akhirnya mama dgn abah dapat tengok saya.  Mama sayang sangat kat saya.  Kalau saya demam, mama dgn abah tak boleh tidur.  Hari2 mama bisik mama sayangggg saya.  Mama kata dia tak de idea nak cerita nih.  Mama upload gambar je la, mama makin malas sekarang.. asyik nak lepak atas katil je.. apa nak jadi la.. mama kata dia teringin sgt nak pakai ipad boleh lepak upload gambo atas katil.  Abah nak beli tp mama tu bakhirun tajalil kata abah. sayang sgt nak keluarkan duit, bukan duit mama pun, duit abah... eh ni entry birthday saya ke, hal rumahtangga ni? confius..




makanan yg sungguh lajat mama kata.. berbaloi tp saya dpt makan bubur lambuk saje.. tak aci sungguh..


ni bulan pose, so abah ajak pergi concorde makan ramadhan buffet.. tp mama, perlu ke amik gambar kat situ? perlu ke?


borak mende dua beranak?

Tuesday, July 19, 2011

Apa motif si penghasut, pengadu, pereka cerita, mulut longkang tersumbat bernama Puaka Niyang Rapik (PNR)

Sakitnya hati aku sampai tak lena tidur malam.  Ni semua bahana sekor beruk manusia yg kerjanya sungguh keji dan hina.  Mulut si Puaka Niyang Rapik (PNR) ni dah buat aku susah.  Dengan Si Polan, PNR ni kutuk aku.  Dengan aku, si PNR ni kutuk Si Polan.  Korang tak paham tak pe, baca je (ada org baca ke?)  Patutlah aku dapat rasa Si Polan ni tak suka aku suatu masa dulu.  Barulah aku tahu bahawa ni PNR ni juga pada masa yang sama telah mengutuk aku disamping mereka cerita kat Si Polan nih.  Bukan si polan saje PNR kutuk aku, aku dpt rasakan PNR juga mencari org lain untuk tambahkan perasa ajinomoto kutuk aku supaya org keliling aku tak suka dengan aku.

PRN berambut rebonding ni dulu kutuk sambil mengapi-apikan aku bahawa Si Polan ni jenis tak berapa nak elok mcm ni mcm tu, menyusahkan aku dan org keliling aku.  Aku yg bengong lurus bendul ni sakit hati sebab Si Polan ni punya perangai.  Tup tap, entah macam mana baru-baru ni Si Polan ni dah terbuka cerita bahawasanya PNR ni baik punya kutuk aku kaw-kaw.

Aku cuma tak paham, kenapa? Apa motif PNR? Sakit hati bebenor PNR dengan aku sampai tergamak buat mcm ni kat aku.  Dengan org lain PNR kutuk aku? Bukan setakat kutuk, siap tambah-tambah cerita pulak tu.  Tapi dengan aku PNR ckp org lain pulak.  Cerita dah jadi lain lagi.  Kenapa? Aku tak boleh terima hakikat ni.  Nak tengok muka PNR ni pun aku tak sanggup dah.  Tapi aku kena berdepan dengan PNR paling tidak sekali sebulan atas urusan tertentu.  Argh.. tensionnya.. kalau aku bg tau org, PNR sure bergaduh dengan org lain pulak.  So, aku kena diam sebab aku akan sentiasa kena jumpa PNR jugak lambat laun, tak boleh lari drpd PNR ni.  Kalau kau setakat kawan-kawan biasa aku je si PNR oi, sure dengan senang hati aku putuskan hubungan kekawanan supaya tak perlu jumpa kau lagi tau.  Tapi masalahnya tak boleh!! Aku tension!! Rasa nak sental cili api kat muka PNR.  Boleh pulak tu cakap baik-baik kat aku macam tak de apa-apa pun.  SIALAN.. tulisan aku kat blog aku ni dah dicemari dengan cerita PNR yang sungguh kotor, hina, keji, mcm PNR punya background jugak!

ni lah rupa PNR!!

Saturday, June 18, 2011

Cuti Cuti Lagi @ Redang, 11 Jun 2011

Bestnyer pergi Redang.. Bestnyer, itu je la yg boleh aku gambarkan percutian ke Redang 3D/2N pada 11 Jun 2011.  Kitaorg pergi bersama-sama geng tempat kerja Kal El.  Diorang namakan geng ni GJJ (Geng Jalan-Jalan).  Enjoy sangat sebab Arianna pun sporting habis tak meragam pun kat sana.  Aku risau gak sebab naik ferry takut dia mabuk ke hapa.  Kami bertolak empat kereta pukul 12.00 jumpa kat McDonald Gombak.  Semua kereta dapat walkie talkie kununnya disamping senang nak guide bolehlah hilang ngantuk.  Banyak main daripada guide jalan daa... Kitaorg berhenti rehat adalah dalam 5-6 kali sebelum sampai ke Jeti Shah Bandar (berapa banyak kali berhenti daa).  Takut nak guna jalan Al-Mukhtafi Billah Shah, kitaorg ikut jalan biasa lepas exit highway Kuantan-Jabor (takut hantuuu).  Sampai kat jetty pukul 7.30 pagi lepas bfast kitaorg naik bot dalam 1 jam jugak la.  Kami check in dekat Redang Lagoon, walaupun cuma budget resort tapi yg penting pengisian percutian tu.. Seronok sebab semua geng pun satu kepala je.  Makan semua dah disediakan, cuma aku risau macam mana nak buat bubur si Arianna ni.  Alhamdulillah, mujur makcik cafe tu dengan rela hati nak masakkan bubur Arianna setiap hari.  Arghhhhh.. lega.. syukur.  Lepas makan, pergi snorkling.  Tapi sian Kal El terpaksa korbankan aktiviti snorkling sebab nak suruh aku yg pergi.  Kalau tak siapa nak jaga Arianna kan?  Manyak syok oorr snorkle.. Malam ada bbq lepas makan aku tidur awal sebab tak larat gile, so aku tidur dgn Arianna, Kal El pulak g melepak having a gud time dgn kawan2 dia.  Mana pergi pun aku tak tau sebab aku tak larat exhausted.. Esok pagi pulak sekali lagi aku pergi snorkling tp kali ni kat Marine Park.. Bapakkkk cantiknya.  Sorry Kal El tak dpt ikut lagi sebab kena jaga anak lagi.  Huhuhu.  Petang buat aktiviti treasure hunt kecil-kecilan pulak.  Best jugak, terima kasih dekat Mega, Halimah, Genie dan Jahid yg jadi ahli jawatankuasa.  Team aku dapat no. 2. Jadilah drpd corot.  Malam pergi jalan sana sini sikit pastu balik tidurrr.. Kal El mcm biasa lepak, dgr cerita siap pergi club tepi pantai lagi.  Esoknya dah kena check out.  Sedihhhh.. Balik singgah ke Pasar Payang perabih pitis jap dan makan-makan.  Tapi frankly speaking memang best giler tak menyesal pergi, rasa nak pergi lagi sekali.


























Thursday, June 9, 2011

Cuti Cuti Lagi @ A Famosa, 4 Jun 2011

Dear all,



Really out of idea to write something about this vacation.  So I decided just to upload the picture which worth a thousand words!

















before

after