Tuesday, August 3, 2010

Delaila, wajah pertama yang kujumpa







Arianna Delaila... erm, nama ni memang abahnya yg pilih.  Katanya anak perempuan biar dia yg pilih nama, anak lelaki biar aku yg pilih. Nampak gayanya Kal El (abahnya Arianna, laki aku la tu - kununnya Superman) dah menang kali nih.  Arianna bermakna "full of life".. Harap2 anak perempuan aku nih akan menjadi kebanggaan kami. 


Arianna.. due date cik kenit nih patutnya pada 25 Ogos 2010 tapi dia dah x sabo nak tengok dunia.  Pada malam 3 Ogos 2010, tengah syok tidur, tetiba rasa basah je kat atas katil.  Rupanya air ketuban dah pecah, bila berdiri, mak aih, menderu air keluar lagik.. Kal El dah kelam kabut.  Aku pergi cuci kejap pastu dress up lebih kurang pastu terus pergi PPUM.  Mujur aku dah simpan baju ngan kelengkapan baby dalam beg.. 

Sampai kat spital, terus masuk labor room.. tunggu punya tunggu tanda-tanda nak bersalin tak de jugek.  Erm, doktor datang bagi advise soh aku induce.  Tak byk cakap, aku pun ikut je.  Tak lama pastu (tak ingat berapa jam kendian) tetiba sakit giler.  Makin lama makin sakit.  Tak tahu nak explain macam mana.. Humang aih, memang macam-macam ayat dah baca.  Aku tak tahan, doktor kata nak bagi epidural, tp lambat pulak pakar bius nih datang.  Then lepas bius, aku tak rasa apa-apa lagik.. Cuma kesian kat Kal El sebab dia tak dapat nak masuk labor room (lepas ni nak beranak kat swasta, laki boleh masuk).  Sure dia susah ati. Dia kan sayang aku (echehhhh).. Lepas 13 jam tunggu, doktor kata tak bukak.. aiseh.. baru 4 cm? Doktor soh kuar kot tingkap.. Tidak!!!!! Tapi nak buat guana, heart beat baby dah lemah, so aku redah je lah.. Pukul 2.42 petang, my sweetheart Arianna dilahirkan di dunia, tak terungkap kegembiraan yang aku kecapi ni .  Aku doa, walau pun aku nih huru hara sikit, tp biarlah Arianna nih menjadi hamba allah yang solehah, anak yang akan menjadi kebanggaan kami.. 









ARIANNA
A
Amanah
R
Ramah
I
Ikhlas
A
Alim
N
Naif
N
Naif
A
Abadi

DELAILA
D
Dinamik
E
Emosional
L
Lemah-lembut
A
Amanah
I
Ikhlas
L
Lincah
A
Alim