Tuesday, July 19, 2011

Apa motif si penghasut, pengadu, pereka cerita, mulut longkang tersumbat bernama Puaka Niyang Rapik (PNR)

Sakitnya hati aku sampai tak lena tidur malam.  Ni semua bahana sekor beruk manusia yg kerjanya sungguh keji dan hina.  Mulut si Puaka Niyang Rapik (PNR) ni dah buat aku susah.  Dengan Si Polan, PNR ni kutuk aku.  Dengan aku, si PNR ni kutuk Si Polan.  Korang tak paham tak pe, baca je (ada org baca ke?)  Patutlah aku dapat rasa Si Polan ni tak suka aku suatu masa dulu.  Barulah aku tahu bahawa ni PNR ni juga pada masa yang sama telah mengutuk aku disamping mereka cerita kat Si Polan nih.  Bukan si polan saje PNR kutuk aku, aku dpt rasakan PNR juga mencari org lain untuk tambahkan perasa ajinomoto kutuk aku supaya org keliling aku tak suka dengan aku.

PRN berambut rebonding ni dulu kutuk sambil mengapi-apikan aku bahawa Si Polan ni jenis tak berapa nak elok mcm ni mcm tu, menyusahkan aku dan org keliling aku.  Aku yg bengong lurus bendul ni sakit hati sebab Si Polan ni punya perangai.  Tup tap, entah macam mana baru-baru ni Si Polan ni dah terbuka cerita bahawasanya PNR ni baik punya kutuk aku kaw-kaw.

Aku cuma tak paham, kenapa? Apa motif PNR? Sakit hati bebenor PNR dengan aku sampai tergamak buat mcm ni kat aku.  Dengan org lain PNR kutuk aku? Bukan setakat kutuk, siap tambah-tambah cerita pulak tu.  Tapi dengan aku PNR ckp org lain pulak.  Cerita dah jadi lain lagi.  Kenapa? Aku tak boleh terima hakikat ni.  Nak tengok muka PNR ni pun aku tak sanggup dah.  Tapi aku kena berdepan dengan PNR paling tidak sekali sebulan atas urusan tertentu.  Argh.. tensionnya.. kalau aku bg tau org, PNR sure bergaduh dengan org lain pulak.  So, aku kena diam sebab aku akan sentiasa kena jumpa PNR jugak lambat laun, tak boleh lari drpd PNR ni.  Kalau kau setakat kawan-kawan biasa aku je si PNR oi, sure dengan senang hati aku putuskan hubungan kekawanan supaya tak perlu jumpa kau lagi tau.  Tapi masalahnya tak boleh!! Aku tension!! Rasa nak sental cili api kat muka PNR.  Boleh pulak tu cakap baik-baik kat aku macam tak de apa-apa pun.  SIALAN.. tulisan aku kat blog aku ni dah dicemari dengan cerita PNR yang sungguh kotor, hina, keji, mcm PNR punya background jugak!

ni lah rupa PNR!!