Sunday, March 20, 2011

Happy Anniversary Abah & Mama

Abah, hari ni genap 2 tahun abah dgn mama kahwin.  Ayana tau lah sebab mama bagitau pagi tadi dan nampak mama cium pipi abah pastu cakap “happy anniversary sayang”. Tapi abah sambung tidur, mama tak nak kejut sebab abah cuti ari nih.

Abah, mama sayang abah sangat tau.  Abah janganlah sakitkan hati mama.  Mama selalu ngomel kat Ayana tau walaupun Mama tau Ayana bukannya paham pun.  Ayana kan kecik lagi baru nak masuk 8 bulan, hanya boleh cakap ngakkkkk, ngakkk aje.  Tapi tak kira hari ni Ayana nak bagi tips supaya mama sayang abah lebih dah keluarga kita kekal bahagia.  Antaranya ialah :-

1.       Baju kerja dengan seluar kerja abah tu kalau abah gantung elok-elok atau letak dlm bakul instead of sangkut je kat kerusi, mesti mama akan sayang abah lebeyy punya.
2.       Tong sampah yang kat dapur dgn dalam bilik tu kalau abah tolong mama kosongkan, mesti mama suka.
3.       Pagi-pagi kerja bangun awal sikit, kalau boleh tak payah hisap rokok right after wake up.  Tak elok untuk kesihatan la abah.  Dah seminggu abah stop Niquitine tu.  Abah beli lah stock Niquitine tu lagi yer..
4.       Abah, Ayana suka lah PS3 yang abah baru beli tu.  Tambah lagi bila abah main Bayoneta ke hapa tajuk dia.  Tapi janganlah sampai lewat sangat abah main.  Kalau tengok movie pun sama.  Ayana tahu abah suka baca buku Harry Potter (dah lebih dari 8 kali kan abah baca buku tu?). Nanti abah jugak yang mengantuk.  Takut lambat siap pagi-pagi kang lewat pulak pergi kerja.  Jalan kan jammed teruk sekarang.  Mama pun tak sempat nak buat air Nescafe yang abah kata paling sedap di dunia tu..
5.       Ayana tengok abah suka sangat minum coke.  Kan mama dah pesan, coke tak elok.  Gula dlm coke tu byk sangat.  Kang kena kencing manis, siapa yang susah? Mama jugak kan?
6.       Jangan lah selalu mencarut kalau nak marah pemandu-pemandu kat Malaysia ni even Abah suruh Mama tutup telinga Ayana, tapi still boleh dengar sayup-sayup tau.

Abah, kadang-kadang Ayana tersedar dari tidur, Ayana nampak mama pandang Abah, usap rambut abah dengan penuh kasih sayang dan belas kasihan (tapi Abah tu bukannya tahu pun, dahla tu siap bagi dengkuran kadang-kadang siap kentut lagi.  Cisss….  Sian Mama).  Mama tak boleh nak peluk abah tau sebab Ayana tidur kat tengah-tengah.   

Abah, Mama selalu tak boleh tidur kalau Abah pergi lepak ngan kawan-kawan Abah tu (uncle Pian, Uncle Apen, Uncle Wandi, Uncle Awie, etc.) Kalau boleh, jangan lah balik lewat sangat.  Mama tu pengecut, takut hantu.  Mama tak lena tidur, selagi abah tak balik selagi tu lah mata tak boleh pejam.

Abah tau tak, Mama tu tak mintak banyak, hadiahkan lah coklat ke, hantar bunga atau kek kat office mama ke (hidung mama sure kembang punya).  Peluklah Mama selalu tapi peluk yang sekadar pelukan sahaja, bukan dengan harapan yer (ala shame-shame la, apalah mama ni suruh Arianna cakap macam ni.  Ayana tak paham tau!)

Abah, Mama cakap sebaik sahaja saksi kata “SAH”, Allah dah kurniahkan 6, 7, 8 senses kat Mama sebab tu lah mama boleh smell something fishy kalau abah dah buat salah tau.  Tak yah nak guna spy pun.  Abah, selalulah ngadap lah muka mama sebagaimana abah ngadap PS3 baru abah,  robot-robot transformers abah segala. 



Abah, ni mama ada nak sikit kata-kata untuk abah ..

YANG LEBIH VS YANG KURANG

Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka meriahkan suasana.
Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa
Ada suami yang tidak reti memujuk, bermain kata tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini sana
Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan, pasti kita berasa bertuah beroleh suami seperti dia.. 

Abah, mama sayang abah dengan Ayana banyak sangat!!! Berapa beruntungnya mama dapat kahwin dengan abah yang hensem, kelakar giler, bijak bestari segala.  Mama suka sangat sebab Abah ada banyak cerita.  Kalau balik kerja tu, daripada LRT Kelana Jaya sampai lah ke rumah kita,  Abah tak berhenti bercakap.  Mama pun tak pernah boring dengan Abah, Mama kata Abah ni “fun” lah.  Akhir sekali Mmmuah kata mama, semoga abah juga sentiasa menyayangi kitaorang yer.  Happy Anniversary Mama & Abah!!

From Arianna Delaila, nak masuk 8 bulan dah umur..