Monday, September 19, 2011

Berita tak baik : Arianna masuk spital. Berita baik : Dah pandai jalan...



      



15/09/11, Khamis @ KPJ Shah Alam, Selangor.  Anak mama sakit.... huhuhu.. Mama dah perasan dan rasa something wrong start dari hari raya lagi.  Masa tu kat kampung.  Mama dengar anak mama ni batuk lain macam.  Tiap2 malam batuk lebih kurang 2-3 minit nonstop.  Alahai, risau nyer rasa.  Bawak pergi emergency kat Hospital Pekan, tapi doktor kata tak apa2.  Batuk biasa.  Lepas tu balik Subang still macam tu 2 3 kali pergi klinik doktor still kata nothing wrong sampailah hari rabu, 14/09/11, mama bawak pergi emergency kat KPJ pukul 4 pagi!  Still hanya bagi neb sahaja.  Esoknyer kak ani (babysitter) telefon kata anak mama ni demam.  Apalagi, mama terus balik.  Mama tengok lain macam sahaja Arianna bernafas.  Laju!  Mama terus bawak pergi klinik then klinik suruh refer hospital.  Mama ambik abah dari kerja, teruslah pergi hospital then kena admitted.  Rupanya anak mama ni kena bronkitis.  Alhamdulillah, nothing serious can be treated.  Lega hati mama anakkku.  Selama 5 hari check in (?) kat hospital.  Mujur Jumaat tu cuti umum (hari malaysia).  Hospital pulak sangat selesa so kami rasa mcm dok kat hotel lah.. Cuma bila time kena sedut (fisio), mama tak sampai hati nak tengok.  Day first mama tak nak masuk tengok, hari kedua baru mama had gut to watch.  Sayu sangat, nangis dalam hati ni tau, terseksa anak mama.. Tak pe lah nak, syukur Allah bagi dugaan dekat kita, semoga kita lebih berhati2 di masa akan datang.  Soal kesihatan kena amik berat, jgn redah aje.. Tak payahlah gi shopping complex ke hapa yg penuh dgn org... tak elok untuk kesihatan...


sempat lagi pose... tengah tunggu ambik ubat, decoration hari raya kat pharmacy KPJ.  ni pukul 4.00 pagi nih..


Abah tengah tengok tv, anak main seliper..


Arianna jadi supergirl.. Maklumlah, anak superman.. Abah oh abah!!


Sayu tengok gambar nih.. Walaupun sakit, arianna sangat aktif.. tengoklah gigi dia yg besar tu..


mainan nak bagi dia leka.. nescafe 3 in 1.  Keluarkan dari pek, masukkan semula, keluarkan lagi, masukkan semula dlm pek..


sehari sekali selama 4 hari kena datang sini.. Lemah sungguh la...


Bersedia untuk fisio.  Kena tepuk2 belakang badan dan dada bagi bukakan rongga dada..

Sian.. sedih tengok.. lepas ni guna machine sedut dekat tekak dan hidung



Ambik neb setiap 4 jam.  Ni tengah baik, nak pegang sendiri tapi kalau tengah mengaruk, mama dgn abah kena peluk kuat2, paksa..

Bila abah sangap, abah akan turun ke bus stop untuk hisap rokok.. ni pemandangan dari bililk hotel eh hospital..


Pelawat setia.. 2 kali andak datang.. bawak nasi lemak home made lagi.. time kasih andak..


ni untuk mama, adik punyer bubur saje.. Sedap ke makanan hospital?


ni lah jawapan dia..

p/s Nenek pahang, mama mintak maaf sebab tak bagitau arianna sakit, takut nenek risau.. rasanya nenek takkan tahu sampai arianna besar kot..

Arianna dah pandai jalan dalam 7 langkah gitue.. walaupun agak lambat (org lain yg kata arianna lambat jalan, tp mama tak kisah pun..) Rajin gak naik turun tangga.. isk.. bahaya betul pantang lepa.. ni kira kongsi entry la yer.. nak share gak arianna pandai jalan ngan pandai turun naik tangga umur 1 tahun 1 bulan.. weee... (ni gambar kat umah). Mama menyampah giler kat org2 keliling yg asyik cakap "anak aku, sepuluh bulan dah pandai jalan.. so what? budak2 nih perkembangan dia beza2.  tak payah la nak compare.. walaupun anak aku lambat jalan? ada susah kan korang ke? biarlah dia, bila dia rasa nak jalan, dia jalanlah.. insya'allah, dengan izin allah... syukur ya allah.. janganlah aku jadi macam mak jemah yg lain2 tuh...




6 comments:

  1. oh dear dear cepat sihat ya...poor little angel.

    p/s: anak aku lambat jalan setahun lebih baru nak bangun berdiri....takpe...tiap tiap anak ada bahagian masing masing...:)

    ReplyDelete
  2. thanks ms pearl aka my darling hani.. aku bukan apa, sakit ati gak kat org keliling yg over.. "anak aku dah jalan dah 9 bulan dgn gigi sekali tumbuh.." arrogant sungguh..

    ReplyDelete
  3. adikku...tumbesaran kanak2 berbeza2...yang penting sihat cerdas cerdik pintar cam ariyana sekarang... sayyyang ariyana

    kak ngah shasha n kakak sofea sibuk tanyer ariyana sakit aper?.... semoga dijauhi segala penyakit...amin ya rob

    ReplyDelete
  4. NFCP.. Tanjat gigirl bila nampak komen kak maria.. eh nak nyelinap masuk blog kakak la..

    ReplyDelete
  5. jumpe pun blog.. yeay! rindu kat ayininana.. sori.. achik jrg g tgok adik.. achik keje.. apepun, smge sentiase sihat dan cerdas! mmuah

    ReplyDelete
  6. Time kasih achik.. Achik keje cari duit beli baju adik kan?

    ReplyDelete